Peralatan Kamen Rider Double (watak)

Double Driver

Double Driver (ダブルドライバー, Daburu Doraibā) merupakan tali pinggang pertukaran Kamen Rider Double. Ia merupakan Pemacu Ingatan (Memory Driver) generasi kedua selepas siri Pemacu Gaia (Gaia Driver), dicuri dari sindiket Museum semasa operasi menyelamatkan Philip, serta menggunakan dua Gaia Memory sekaligus untuk menghasilkan lebih kuasa kepada penggunanya. Hanya ada satu sahaja Double Driver yang wujud secara fizikal, tetapi apabila Shotaro memakainya, satu lagi Double Driver muncul pada Philip. Dengan memasukkan Gaia Memory ke dalam Memory Slot (メモリスロット, Memori Surotto) masing-masing pada kepala tali pinggang, Shotaro dan Philip boleh bertukar sebagai Double.[1][2][3] Slot kiri memegang Gaia Memory Shotaro manakala slot sebelah kanan memegang Gaia Memory Philip. Apabila Philip memasukkan Gaia Memorynya ke slot kanan, dia melalui proses Soul Forward (ソウルフォワード, Souru Fowādo), yang menghantar kesedarannya ke tubuh Shotaro untuk bertukar sebagai Kamen Rider Double. Satu lagi slot di sebelah kanan Double Driver dipanggil Maximum Slot (マキシマムスロット, Makishimamu Surotto). Apabila Gaia Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot, Double boleh menggunakan serangan penamat Maximum Drive (マキシマムドライブ, Makishimamu Doraibu). Slot khas ini digunakan untuk Joker Memory untuk melaksanakan sama ada serangan Maximum Drive Joker Extreme (Kamen Rider Double CycloneJoker) atau Joker Grenade (Kamen Rider Double HeatJoker). Dalam bentuk lain, ia boleh digunakan untuk memasukkan Gaia Memory sebelah kanan, membolehkan serangan Twin Maximum digunakan, namun serangan sebegini sangat berbahaya memandangkan ia boleh membebankan jasad Shotaro. Selagi Double Driver dipakai oleh kedua-dua Shotaro dan Philip, mereka boleh berkomunikasi sesama mereka secara telepati memandangkan kedua-dua mereka adalah dalam keadaan sedar di luar penjelmaan sebagai Double.[24]

Gaia Memory

Gaia Memory (ガイアメモリ, Gaia Memori) merupakan pemacu kilat USB misteri yang diterapkan dengan kuasa daripada Bumi sendiri. Asalnya direka hasil bantuan kewangan daripada Keluarga Sonozaki, Gaia Memory ini berakhir dengan pemilikan oleh Shotaro dan Philip, dan hanya boleh digunakan melalui Double Driver. Berbanding dengan Gaia Memory yang digunakan oleh Dopant, Gaia Memory yang digunakan oleh Double kelihatan lebih baik dari segi penampilannya, sesuatu yang dinyatakan oleh Shinkuro Isaka sebagai petanda had kuasa yang ditetapkan. Dua Gaia Memory boleh dimasukkan ke dalam Double Driver, membolehkan Shotaro dan Philip bertukar sebagai Kamen Rider Double. Gaia Memory Philip di sebelah kanan dikenali sebagai Ingatan Roh (Soul Memory) (ソウルメモリ, Souru Memori) yang mementukan unsur kuasa Double, manakala Gaia Memory Shotaro disebelah kiri dikenali sebagai Ingatan Jasad (Body Memory) (ボディメモリ, Bodi Memori) yang menentukan jenis serangan atau senjata yang digunakan oleh Double.[1][2][3][25]

  • Cyclone Memory (サイクロンメモリ, Saikuron Memori): Cyclone Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Angin (風の記憶, Kaze no Kioku), membolehkan pengguna bergerak dengan pantas, mengawal kuasa angin, serta menjadi Pahlawan Angin (風の戦士, Kaze no Senshi).[9][10] Apabila digunakan, separuh daripada Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Siklonik (旋風の右半身, Senpū no Migi Hanshin) berwarna hijau.[1][2][3] Bentuk yang menggunakan Cyclone Memory memakai skaf perak di lehernye.[9][10]
  • Joker Memory (ジョーカーメモリ, Jōkā Memori): Joker Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Kad Kemenangan (切札の記憶, Kirifuda no Kioku), membolehkan pengguna meningkatkan kuasa berlawan, menjadi Pahlawan Kemahiran (技戦士, Waza Senshi). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kiri Kemenangan (切り札の左半身, Kirifuda no Hidari Hanshin).[1][2][3] Apabila Joker Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada Double Driver, ia membolehkan Double terbahagi dua untuk menhasilkan serangan Maximum Drive berkuasa unsur.[9][10]
  • Heat Memory (ヒートメモリ, Hīto Memori): Heat Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Panas (熱き記憶, Atsuki Kioku), membolehkan pengguna menggunakan unsur api, menjadi Pahlawan Berapi (炎の戦士, Honō no Senshi).[9][10] Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Panas (熱き右半身, Atsuki Migi Hanshin).[1][2][3]
  • Metal Memory (メタルメモリ, Metaru Memori): Metal Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Keluli (鋼鉄の記憶, Kōtetsu no Kioku) atau Ingatan Pejuang (闘士の記憶, Tōshi no Kioku), memberikan pengguna kekuatan yang hebat, menjadi Pahlawan Berkuasa (怪力戦士, Kairiki Senshi).[9][10] Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Berlawan (闘士の左半身, Tōshi no Hidari Hanshin).[1][2][3]
  • Luna Memory (ルナメモリ, Runa Memori): Luna Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Ilusi (幻想の記憶, Gensō no Kioku), membolehkan pengguna untuk menggunakan ilusi, memanjangkan anggota lengan serta membengkokkan arah tembakan, menjadi Pahlawan Misteri (神秘の戦士, Shinpi no Senshi). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kanan Fantastik (幻想の右半身, Gensō no Migi Hanshin).[9][10]
  • Trigger Memory (トリガーメモリ, Torigā Memori): Trigger Memory, juga dikenali sebagai Ingatan Penembak Tepat (銃撃手の記憶, Jūgekishu no Kioku), menukarkan pengguna menjadi penembak pakar, menjadi Pahlawan Pistol (銃戦士, Jū Senshi). Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double menjadi Bahagian Kiri Penembak (狙撃手の左半身, Sogekishu no Hidari Hanshin). Apabila Trigger Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada TriggerMagnum, ia membolehkan Double untuk menembak serangan Maximum Drive berkuasa unsur.[9][10]

Fang Memory

Transforming Gaia Dinosaur Fang Memory (変形ガイア恐竜ファングメモリ, Henkei Gaia Kyōryū Fangu Memori) ialah sejenis Gaia Memory khas yang direka bagi melindungi Philip walau dengan apa cara sekalipun, membolehkannya dan Shotaro bertukar sebagai Kamen Rider Double FangJoker. Ia boleh bertukar antara Mod Langsung (ライブモード, Raibu Mōdo), yang menyerupai seekor Dromaeosaurid, serta Mod Ingatan (メモリモード, Memori Mōdo), yang mana bahagian atasnya menyerupai kepala dinosaur. Apabila digunakan, separuh bahagian Kamen Rider Double bertukar menjadi Bahagian Kanan Bertaring (牙の右半身, Kiba no Migi Hanshin), membolehkan Double menyerang secara melulu sementara mengubah bahagian kirinya untuk disesuaikan dengan reka bentuknya yang kehaiwanan. Dibina bagi melindungi Philip, Fang Memory hanya akan muncul apabila dia berada dalam keadaan bahaya.[26]

Xtreme Memory

Transforming Gaia Bird Xtreme Memory (変形ガイア鳥エクストリームメモリ, Henkei Gaia Chō Ekustorīmu Memori) merupakan Gaia memory khas berbentuk burung yang membolehkan Kamen Rider Double bertukar menjadi CycloneJoker Xtreme dengan mengubah dari Mod Langsung (ライブモード, Raibu Mōdo) ke Mod Ingatan (メモリモード, Memori Mōdo) untuk membolehkannya menggelungsur masuk ke DoubleDriver. Ia mula muncul apabila nyawa Philip terancam akibat serangan oleh Weather Dopant, dan ia mendigitalkan Philip di mana Shroud memberitahunya mengenai misinya untuk menyelamatkan bumi. Kuasa Xtreme Memory datang terus daripada Gaia Memory tulen serta dicapai melalui Crystal Server pada CycloneJoker Xtreme. Untuk melaksanakan serangan Maximum Drive, Double Xtreme Rider Kick, Xtreme Memory tertutup dan terbuka semula.[20][21][22][27]

MetalShaft

MetalShaft (メタルシャフト, Metaru Shafuto) merupakan belantan yang boleh dipanjangkan yang digunakan semasa Double menggunakan mana-mana bentuk yang menggunakan Metal Memory.[1][2][3] Semasa Metal Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada MetalShaft semasa dalam bentuk HeatMetal atau CycloneMetal, Double berupaya melaksanakan serangan Maximum Drive Metal Branding atau Metal Twister.[9][10] MetalShaft bersambung dengan bahagian belakang Metal dalam formasi Double.[28]

TriggerMagnum

TriggerMagnum (トリガーマグナム, Torigā Magunamu) merupakan sepucuk senjata api yang digunakan apabila Double menggunakan mana-mana bentuk yang menggunakan Trigger Memory. Apabila Trigger Memory dimasukkan ke dalam Maximum Slot pada TriggerMagnum semasa Kamen Rider Double dalam bentuk LunaTrigger atau HeatTrigger, ia berubah ke Maximum Mode bagi membolehkan serangan Maximum Drive Trigger Full Burst atau Trigger Explosion. TriggerMagnum bersambung dengan bahagian dada Trigger dalam formasi Double. Apabila digunakan bersama-sama Stag Phone, serangan penamatnya ialah Trigger Stag Burst. Apabila digunakan bersama-sama Bat Shot semasa dalam bentuk CycloneTrigger, serangan penamatnya ialah Trigger Bat Shooting.[9][10][29]

Prism Bicker

Super Multicolor Light-Emitting Sword Prism Bicker (超多色発光剣プリズムビッカー, Chōtashoku Hakkōken PurizumuBikkā) merupakan senjata khas yang digunakan oleh Kamen Rider Double semasa dalam bentuk CycloneJoker Xtreme. Ia boleh diasingkan kepada Pedang Prisma (プリズムソード, Purizumu Sōdo) dan Perisai Bicker (ビッカーシールド, Bikkā Shīrudo). Melalui keupayaan Prism Memory untuk memautkan empat lagi Gaia Memory, Prism Bicker membolehkan CycloneJoker Xtreme untuk melancarkan tiga serangan Maximum Drive dengan kuasa empat kali ganda: pancungan pedang Prism Break (プリズムブレイク, Purizumu Bureiku), serangan pedang dan perisai Bicker Charge Break (ビッカーチャージブレイク, Bikkā Chāji Bureiku), serta pancaran laser Bicker Finallusion (ビッカーファイナリュージョン, Bikkā Fainaryūjon).[20][21][22][30]

Memory Gadget

HardBoilder

HardBoilder (ハードボイルダー, HādoBoirudā), dikenali sebagai "MB1000RV", merupakan motosikal Honda CBR1000RR bagi kegunaan Kamen Rider Double.[31] Seperti Double, HardBoilder berwarna hitam dan hijau serta boleh bertukar bentuk dengan menukar bahagian belakang motosikal selepas dicantumkan pada RevolGarry.[32]

HardTurbuler

HardSplasher

Start Dash Mode

RevolGarry

HardMammother

Rujukan

WikiPedia: Kamen Rider Double (watak) http://www.honda.co.jp/customer/tips/kamen-rider/w... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonemeta... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/cyclonetrig... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/double.html http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doubledraiv... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/doublemask.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangjoker.h... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/fangmemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/gaiamemory.... http://www.tv-asahi.co.jp/double/rider/hardboilder...